PETUGAS barisan hadapan menjalankan proses saringan di Kuantan, kelmarin. FOTO Farizul Hafiz Awang
PETUGAS barisan hadapan menjalankan proses saringan di Kuantan, kelmarin. FOTO Farizul Hafiz Awang
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sebanyak 39 kematian akibat Covid-19 direkodkan sehingga 12 tengah hari, hari ini, menjadikannya angka kematian harian tertinggi di negara ini, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 1,761 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,765 kes baharu positif Covid-19, hari ini.

"Jumlah itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 setakat ini sebanyak 453,222 kes.

"Selangor terus merekodkan peningkatan kes apabila 2,082 kes direkodkan hari ini diikuti Kuala Lumpur dengan 540 kes," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak pula merekodkan 405 kes manakala Johor mencatatkan 348 kes.

Menurutnya, sebanyak 3,124 kes sembuh direkodkan menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 411,360 kes.

Katanya, terdapat 469 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara termasuk 244 kes menggunakan alat bantuan pernafasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 5:22 PM