DR Wan Hassan Wan Embong.
DR Wan Hassan Wan Embong.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Seramai 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, sudah ditahan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

"Ya, ada tangkapan, setakat semalam, 10 orang termasuk suspek utama kes ini," katanya ringkas ketika ditanya pemberita, hari ini.

Satu sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengenai kes dan tangkapan itu dijangka diadakan hari ini.

Harian Metro, malam tadi, melaporkan, suspek yang menyamun dan menetak Dr Wan Hassan sudah ditahan polis selepas beberapa jam melakukan jenayah terbabit.

Mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Berita berkaitan:

  • Maut ditetak perompak
  • [Update] Mangsa cuba melawan perompak
  • Penjenayah tetak Dr Wan Hassan diberkas
  • Perompak disyaki guna laluan belakang
  • Arwah minta terbitkan buku Panduan Mudah Membaca al-Quran
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 8:29 AM