SUGU dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam
SUGU dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam
Balqis Jazimah Zahari


SUAMI kepada YouTuber masakan terkenal, S Pavithra didakwa buat kali kedua di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Tertuduh, M Sugu, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isteri dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Kejadian berlaku di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Semasa prosiding berkenaan, Mohd Waffy berkata, walaupun laporan polis dilakukan Pavithra, 28, terhadap suami sudah ditarik balik namun pihak pendakwaan berhak mendakwa tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Ogos depan.

Berita berkaitan

Pavithra tenang

Suami S Pavithra didakwa memiliki senjata berbahaya

Anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh untuk anak kelahiran Ipoh saja

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal direman 3 hari [METROTV]

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal bakal direman

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 4:35 PM