Hayati Ibrahim dan Amir Abd Hamid


INDIVIDU yang pulang dari luar negara dan dikuarantinkan di rumah wajib memakai gelang tangan (wristband), dan perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan gelang tangan kuarantin itu perlu dipakai walaupun berada di rumah.

"Mereka tidak boleh memotong gelang tangan itu sehingga tarikh akhir 14 hari tempoh kuarantin itu.

"Mereka boleh dikompaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, pada hari ke-13, individu ini akan disaring sekali lagi, jika keputusan negatif baru mereka bebas untuk keluar dari rumah.

"Gelang tangan juga boleh dipotong dan tiada lagi pemantauan terhadap mereka," katanya.

ISMAIL Sabri. FOTO Bernama.
ISMAIL Sabri. FOTO Bernama.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2020 @ 2:20 PM