POLIS menunjukkan kacang gajus yang dirampas daripada Temu yang dipercayai dicuri dari sebuah kedai. FOTO KOMPAS.com
POLIS menunjukkan kacang gajus yang dirampas daripada Temu yang dipercayai dicuri dari sebuah kedai. FOTO KOMPAS.com
Agensi

SEMARANG: Seorang nenek memiliki hobi pelik iaitu mencuri pelbagai barangan di pasar raya sejak beberapa tahun lalu.

Temu, 69, yang berasal dari Dusun Patemon itu seakan tidak serik walaupun sudah beberapa kali ditahan polis akibat hobi peliknya itu.

Malah, wanita itu pernah dipenjara tiga kali atas kesalahan sama antara 2008 hingga 2011.

Dalam laporan Kompas.com, warga emas itu ditahan polis selepas ditahan kerana mencuri lima kilogram kacang gajus di Pasar Bandarjo, baru-baru ini.

Ketua Polis Semarang, Gatot Hendro Hartono berkata, ketika ditahan polis, Temu yang mengusahakan gerai makanan turut membawa wang tunai berjumlah 13 juta Rupiah (RM3,800).

Penemuan wang itu mengejutkan polis dengan tindakan wanita itu yang masih mencuri sedangkan mempunyai wang banyak.

Selepas diasak, Temu akhirnya mengakui mencuri hobinya dan aktiviti haram itu diketahui suaminya.

"Hobi saya mencuri dan suami marah sekiranya tahu saya mencuri," katanya.

Sebelum ditahan, wanita yang memiliki lapan cucu itu mengakui turut mencuri 40 tudung di gedung pakaian selain melarikan kacang gajus.

Kini, Temu ditahan polis untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti jumlah pasar raya yang menjadi sasaran wanita itu untuk mencuri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 7:00 AM