Noor Hidayah Tanzizi


PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menawarkan diri untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan pendiriannya ketika berucap pada perasmian Berkelompok Persidangan Umno Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pertimbangan sewajarnya untuk melantik barisan kabinet yang berkelayakan, berwibawa dan berkemampuan untuk membantunya.

“Sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno, saya menawarkan diri agar tidak dilantik bagi sebarang jawatan dalam kabinet yang akan diumumkan.

“Kita semua hendaklah berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan Perdana Menteri,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 4:29 PM