ALLAHYARHAM Syed Muhammad Danial Syed Syakir.
ALLAHYARHAM Syed Muhammad Danial Syed Syakir.
Siraj Mohd Zaini


LELAKI disyaki melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, 10 Ogos lalu akan dituduh esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek berusia 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tempoh reman suspek akan berakhir pada hari ini selepas disambung reman selama lima hari pada 17 Ogos lalu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Syed Muhammad Danial, 29, meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dengan suspek selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Difahamkan kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar-mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Katanya, suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.

Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam.

Berita berkaitan

Tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya

Sambung reman suspek langgar Syed Muhammad Danial [METROTV]

Sedih sangat! - Raja Permaisuri Agong

Dua adik ipar bagi keterangan

Beberapa saksi tampil beri keterangan

Air mata Qistina iringi pemergian suami

'Kenapa perlu hingga meragut nyawa?'

Provokasi jadi punca... [METROTV]

Kenapa la tak bincang elok-elok...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 11:59 AM