Pacuan empat roda dinaiki mangsa dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam.
Pacuan empat roda dinaiki mangsa dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam.
Hasbi Sidek


JURUTEKNIK Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang parah dalam insiden di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam, meninggal dunia petang tadi.

Mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi, meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.

MAHB dalam kenyataannya berkata, selepas menerima rawatan intensif hampir dua hari, Mohd Ruzaimi Iskandar, meninggal dunia petang tadi.

“Ruzaimi adalah seorang kakitangan yang berdedikasi dan penuh dengan komitmen ketika bekerja. Dalam kalangan pekerja, dia sangat berbakat serta beretika.

“Kematiannya adalah satu kehilangan besar bagi MAHB. Kami akan membantu keluarganya bagi memudahkan proses pengebumian kerana keselesaan dan kesejahteraan keluarganya adalah keutamaan kami,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan, seorang juruteknik MAHB parah pada kepala selepas kenderaan dinaiki dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian 3.20 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berada dalam Perodua Kembara milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelenggaraan di landasan.

Kejadian itu menyebabkan bahagian bumbung Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena sayap pesawat berkenaan.

Berita berkaitan

Pemandu parah pesawat langgar kereta

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 11:00 PM