POLIS melakukan pemeriksaan di lokasi.
POLIS melakukan pemeriksaan di lokasi.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

REMAJA perempuan bersama bayi yang baru dilahirkannya ditemui mati di dalam bilik air di sebuah rumah di Parit Buntar, hari ini.

Difahamkan, remaja perempuan berusia belasan tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika melahirkan bayi terbabit.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disahkan dan dalam siasatan termasuk menunggu hasil bedah siasat.

“Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian,” katanya

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Oktober 2018 @ 8:04 PM