Wartawan NSTP

DATUK Seri Anwar Ibrahim sah menang Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti undi 23,560.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor berkata, Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 31,016 undi daripada 172 saluran undi sehingga penjumlahan tamat pada 9.15 malam.

Sementara itu, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar memperoleh 7,456 undi manakala calon bebas, Tan Sri Isa Samad mendapat 4,230 undi, diikuti calon bebas lain iaitu Stevie Chan Keng Leong (337 undi), Lau Seck Yan (214 undi), Kan Chee Yuen (154 undi) dan Saiful Bukhari Azlan (82 undi).

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi dicatat pada 58.3 peratus dan lebih tinggi berbanding tiga PRK terdahulu.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff berkata, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, pada Isnin ini yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.

  • Lagi berita PRK Port Dickson
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 9:31 PM
    ANWAR bersama isteri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melambai tangan kepada orang ramai di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson ketika melihat keputusan PRK Parlimen Port Dickson. FOTO Hazreen Mohamad.