ROSNAH membawa beruk peliharaannya selepas selesai memetik kelapa. Gambar kanan, Rosnah memberi minum kepada beruk peliharaannya. FOTO Hassan Omar
ROSNAH membawa beruk peliharaannya selepas selesai memetik kelapa. Gambar kanan, Rosnah memberi minum kepada beruk peliharaannya. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar

Alor Gajah: Biarpun badan makin dimamah usia, Rosnah Kutan, 62, tidak duduk diam malah mengikut ke mana saja suaminya membawa beruk untuk memetik kelapa.

Ibu kepada sembilan anak dan 28 cucu itu juga mampu mengawal beruk jantan memetik kelapa bersama dua lagi haiwan itu yang dikendalikan suaminya.

Segalanya kerana Rosnah amat memahami tanggungjawab sebagai isteri bukan setakat menyediakan makanan kepada suami malah berkorban tenaga dan masa untuk mendapat rezeki halal.

HUSIN mengendalikan beruk peliharaannya untuk memetik kelapa sejak 22 tahun lalu di sekitar Masjid Tanah.  FOTO Hassan Omar
HUSIN mengendalikan beruk peliharaannya untuk memetik kelapa sejak 22 tahun lalu di sekitar Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar

Lazimnya pada awal pagi, Rosnah dan suaminya Husin Katon, 64, menaiki van menjelajah sekitar kampung di Masjid Tanah di sini, untuk mencari pokok kelapa yang sesuai dipanjat tiga beruk mereka.

“Saya bawa beruk jantan berusia 10 tahun manakala suami membawa dua lagi beruk jantan berusia tiga dan lima tahun.

“Kami menawarkan perkhidmatan memetik kelapa kepada pemilik pokok dengan kaedah membahagi dua hasil kelapa yang diturunkan atau kami membeli kelapa yang menjadi bahagian pemilik pokok,” katanya ditemui ketika memetik kelapa di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 10:05 AM