ANTARA rakan mangsa tiba di Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang bagi urusan membawa pulang jenazah, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang mati ditembak. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
ANTARA rakan mangsa tiba di Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang bagi urusan membawa pulang jenazah, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang mati ditembak. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Mohd Azam Shah Yaacob


KEDUTAAN Palestin di Malaysia mengesahkan bahawa kerajaan Mesir sudah memberi kebenaran membawa pulang jenazah pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R AlBatsh Fatma yang maut ditembak Sabtu lalu ke Palestin melalui Mesir.

Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha ketika dihubungi berkata, kebenaran dari kerajaan Mesir diperoleh petang semalam dan keluarga serta jenazah Fadi akan dibawa menaiki pulang menaiki pesawat Egypt Air yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 7 malam ini.

"Petang semalam, kerajaan Mesir menerusi kedutaannya di Malaysia sudah memaklumkan bahawa mereka membenarkan jenazah Fadi dibawa pulang ke Palestin melalui Mesir.

"Perkara ini juga sudah kita maklumkan kepada keluarga Fadi di negara ini serta di Palestin.

"Jadi, mereka dijadualkan akan berlepas ke Mesir menaiki pesawat Egypt Air pada 7 malam ini," katanya.

Menurut Anwar, pihak kedutaan Palestin di negara ini juga akan turut mengiringi jenazah Fadi ke Mesir yang dijangka mengambil masa penerbangan sekitar 12 jam.

"Sebaik sampai ke Mesir nanti, jenazah akan dibawa terus ke Palestin yang dijangka akan mengambil masa perjalanan sekitar lima jam," katanya.

Berita berkaitan

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 11:46 AM