Seremban: Hospital itu rumahku. Itu pilihan yang ada buat tiga beranak ini berikutan tiada tempat untuk dituju melainkan berumah di wad pediatrik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.

Ibu tunggal, Maslinda Abd Rahman, 44, tiada pilihan selain menempatkan anak lelakinya Muhammad Nazaruddin Roslan, 11, yang menghidap cerebral palsy (CP) dan sawan di wad berkenaan berikutan bilik yang disewa tidak dapat memuatkan mereka tiga beranak.

Meskipun pihak hospital berulang kali memberitahunya bahawa Muhammad Nazaruddin yang mesra dipanggil Naza itu boleh keluar dari hospital, dia tiada tempat untuk dituju.

Dia yang menyewa bilik seluas 30 meter persegi di sebuah surau yang diubahsuai menjadi bilik kecil di Rumah Pangsa Rakyat Pajam, Country Heights, Mantin bersama seorang lagi anak perempuannya, Putri Aleeya Maisarah, 15, tidak mempunyai pendapatan tetap lain.

Kini dia hanya mengharapkan elaun orang kurang upaya (OKU) milik Naza berjumlah RM300 untuk membayar bilik sewa itu, selain wang bantuan asnaf Baitulmal RM200 untuk menyara diri, tambang teksi dan wang persekolahan Aleeya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 4:18 AM
MASLINDA menjaga Muhammad Nazaruddin yang menghidap cerebral palsy di HTJS.
MASLINDA menjaga Muhammad Nazaruddin yang menghidap cerebral palsy di HTJS.