KELUARGA Quek Leng Chan (kanan) tersenarai dalam Keluarga Kaya Forbes Asia 2017 (kiri).
KELUARGA Quek Leng Chan (kanan) tersenarai dalam Keluarga Kaya Forbes Asia 2017 (kiri).
Forbes

KELUARGA Kwek/Quek dari Singapura dan Malaysia muncul tujuh terkaya di Asia dengan nilai bersih AS$23.3 bilion (RM97.52 bilion) menurut Senarai Keluarga Kaya Forbes Asia 2017 yang dikeluarkan, hari ini.

Menurut Forbes, lebih 15 ahli keluarga itu terlibat dalam pengurusan Kumpulan Hong Leong yang terbabit dalam pelbagai bidang termasuk kewangan dan hartanah.

Kekayaan keluarga ini bermula dengan penubuhan syarikat oleh Kwek Hong Png bersama adik-beradiknya pada 1941.

Anaknya, Kwek Leng Beng menguruskan operasi di Singapura manakala sepupunya, Tan Sri Quek Leng Chan menguruskan operasi kumpulan di Malaysia.

Terdapat 50 keluarga dalam Senarai Keluarga Kaya Forbes Asia 2017 dengan nilai keseluruhan AS$699 bilion (RM2,925 bilion) iaitu peningkatan hampir AS$200 bilion (RM837 bilion) berbanding tahun lalu.

Buat kali ketiga berturut-turut, keluarga dari India paling banyak dalam senarai ini dengan 18 keluarga diikuti Hong Kong dengan sembilan.

Keluarga Mukesh Ambani (Kumpulan Reliance) mengatasi senarai ini dengan nilai bersih AS$44.8 bilion (RM bilion) sekaligus mengatasi keluarga Lee Byung-Chull (Samsung) yang mempunyia nilai bersih AS$40.8 bilion (RM171 bilion) buat pertama kali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 12:20 PM