LOKASI tanah runtuh di tapak pembinaan Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
LOKASI tanah runtuh di tapak pembinaan Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Hadzlihady Hassan


HANYA 11 mangsa disahkan tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown, semalam.

Penolong Ketua Pengarah (operasi dan penyelamat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Edwin Galan Teruki berkata, siasatan mendapati jumlah mangsa tertimbus bukan 14 seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada mangsa yang bekerja di tapak pembinaan terbabit terselamat selepas runtuhan tanah itu berlaku.

"Tiga mangsa yang terselamat itu cedera dan mendapat rawatan di hospital.

"Jadi, secara keseluruhannya kini hanya tinggal lima mangsa yang belum ditemui," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa terbabit masing-masing seorang warga Myanmar dan dua Bangladesh juga turut memberi petunjuk kepada bomba lokasi untuk mengenal pasti lokasi mangsa lain yang tertimbus,

"Kita harap semua mangsa dapat ditemui hari ini namun ia bergantung kepada faktor cuaca," katanya.

Berita berkaitan

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2017 @ 10:13 AM