Hadzlihady Hassan


MAYAT mangsa tanah runtuh kesembilan ditemui di bawah bongkah batu besar di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, hari ini.

Penolong Ketua Pengarah (operasi dan menyelamat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Edwin Galan Teruki berkata, mayat terbabit ditemui pada 6.20 petang.

Menurutnya, mangsa ditemui pada jarak satu meter dari mayat mangsa kelapan dengan keadaan dihempap bongkah batu dari bukit.

"Setakat ini, kita masih belum mengenal pasti identiti mangsa dan berharap dapat menemui dua lagi mayat yang masih tertimbus.

"Operasi mencari dan menyelamat ini dianggap berjaya dan akan diteruskan sehingga malam ini," katanya.

Dalam kejadian semalam, 11 pekerja tertimbus akibat tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Berita berkaitan

Jumpa mayat ke-8

Padah guna dron di lokasi tanah runtuh

Tiga jam bawa keluar mayat ketujuh

'Mamang amat rindu anak'

Mayat tersepit antara konkrit, besi cerucuk

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2017 @ 7:35 PM
JENGKAUT digunakan dalam operasi mencari mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lembah Permai. FOTO Ramdzan Masiam
JENGKAUT digunakan dalam operasi mencari mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lembah Permai. FOTO Ramdzan Masiam