New Straits Times


PENERBANGAN Malaysia Airlines MH1 ke Kuala Lumpur terpaksa patah balik ke London.

Mengikut New Straits Times yang memetik Twitter Flight Alerts, tindakan itu berikutan tandas tidak berfungsi dengan baik.

Juruterbang pesawat A380 melakukan ‘U-turn’ di ruang udara Belgium selepas terbang dari Heathrow Airport di London pada 8.36 malam waktu tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 10:38 AM