SKUAD Jerman yakin dengan kemampuan pemain muda. FOTO EPA
SKUAD Jerman yakin dengan kemampuan pemain muda. FOTO EPA
Reuters

Russia: Jerman akan menentang Chile di final Piala Konfederasi awal pagi esok tetapi mereka merasakan seolah-olah sudah muncul juara. Semuanya disebabkan persembahan cemerlang skuad muda yang dipercayai bakal membarisi pasukan Jerman ketika mempertahankan Piala Dunia tahun depan.

Jurulatih Joachim Loew tidak begitu mengikuti perkembangan kejohanan lapan negara yang dijadikan kejohanan pemanas badan sebelum Piala Dunia dan beliau memilih untuk merehatkan sebahagian besar pemain utamanya.

Antara yang tidak dibawa ke Russia ialah Mats Hummels, Jerome Boateng, Toni Kroos, Sami Khedira, Manuel Neuer dan Marco Reus kerana Loew mahu menjadikan pertandingan kali ini sebagai pendedahan buat pemain mudanya sebelum mengharungi Piala Dunia 2018.

Hasilnya, Loew beroleh apa yang beliau impikan dan untuk final menentang Chile, pengendali itu berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain termasuk Leon Goretzka, Timo Werner dan Lars Stindl sudah membuktikan kemampuan masing-masing.

Jika menang ke atas Chile, ia akan menjadi gelaran pertama Jerman di kejohanan itu tetapi apa yang mahu dilihat Loew pada final kali ini ialah semangat juang anak buahnya di St Petersburg nanti.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2017 @ 5:51 AM