HAFIZ dan Shafifi (dua dari kanan) melayan pelanggan di gerai air tebu mereka.
HAFIZ dan Shafifi (dua dari kanan) melayan pelanggan di gerai air tebu mereka.
Togi Marzuki


Pontian: Dua saudara sepupu yang berniaga air tebu di Bazar Ramadan Mini Stadium Pontian di sini, membuat permohonan maaf kepada pelanggan menerusi media sosial kelmarin selepas mendapati rasa minuman yang dijual kurang memuaskan.

Melalui status yang dimuat naik melalui Facebook menggunakan akaun Mohammad Shafifi Rozano, mereka juga sedia memulangkan semula wang pelanggan dengan membawa botol air tebu yang dijualnya sebagai bukti.

Menurut Mohammad Shafifi Razano, 23, penuntut di Netherland Maritime Insitute Of Techology, Gelang Patah dalam jurusan perkapalan, dia dan sepupunya Hafiz Abd Majid, 20, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang dalam jurusan sains gunaan menjual air tebu di bazar Ramadan berkenaan sebagai memanfaatkan cuti semester untuk mencari wang saku.

Katanya, tindakan dia membuat permohonan maaf itu bukan untuk mencari publisiti, tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab sebagai peniaga yang mencari rezeki di bulan baik ini.

“Ini pengalaman pertama kami menceburi bidang perniagaan dengan menjual air tebu di bazar Ramadan, walaupun secara kecil-kecilan namun apa jua kesilapan yang berlaku perlu diakui dengan segera supaya pengguna tidak kecewa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 6:56 AM