GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Moscow: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University.

Hari ini, sebanyak 67,004,543 kes dilaporkan dengan angka kematian sebanyak 1,535,038 manakala jumlah individu yang pulih seramai 43,032,444, lapor agensi berita Sputnik.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal tiga negara teratas daripada segi jumlah kes diikuti Rusia berada di tempat keempat dengan lebih 2.4 juta kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 12:00 PM