Pemain Vietnam, Nguyen Thi Tuyet Dung (kanan) diasak pemain Myanmar, Phu Pwing Khaing (kiri) acara bola sepak wanita di Stadium UM Arena, hari ini. - Foto OWEE AH CHUN
Pemain Vietnam, Nguyen Thi Tuyet Dung (kanan) diasak pemain Myanmar, Phu Pwing Khaing (kiri) acara bola sepak wanita di Stadium UM Arena, hari ini. - Foto OWEE AH CHUN
BERNAMA

PERSAINGAN merebut pingat emas acara bola sepak wanita kembali terbuka selepas pendahulu, Myanmar, tewas mengejut 1-3 kepada Vietnam di Stadium Arena UM, hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan juara bertahan, Thailand, merampas tangga teratas daripada Myanmar selepas menang besar 6-0 ke atas Malaysia di Stadium UiTM Shah Alam.

Thailand dan Vietnam berkongsi enam mata selepas beraksi dua perlawanan, namun Thailand berada di tangga teratas dalam persaingan lima pasukan menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi di Stadium Arena UM, Vietnam meraih tiga gol menerusi jaringan Hai Yen pada minit ke-19, Bich Thuy (ke-73) dan Huynh Nhu (ke-83) manakala gol tunggal Myanmar dijaringkan oleh Win Theingi Tun pada minit ke-59.

Aksi bola sepak wanita akan diteruskan pada Selasa ini melibatkan pertemuan di antara Thailand dan Vietnam di Stadium UiTM Shah Alam manakala Myanmar berdepan Filipina di Stadium UM Arena.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 11:18 PM