PILIHAN bermalam dalam khemah.
PILIHAN bermalam dalam khemah.
TERLETAK dalam dusun.
TERLETAK dalam dusun.
SUASANA cukup menenangkan.
SUASANA cukup menenangkan.
KAFE cukup selesa dan mampu menampung kumpulan besar atau korporat.
KAFE cukup selesa dan mampu menampung kumpulan besar atau korporat.
GLAMPING konsep percutian menjadi pilihan warga tempatan.
GLAMPING konsep percutian menjadi pilihan warga tempatan.
GOPENG Glamping Park. FOTO Muhaizan Yahya.
GOPENG Glamping Park. FOTO Muhaizan Yahya.
Nurul Husna Mahmud

SEKILAS pandang mungkin ramai menyangka latar belakang pemandangan destinasi kali ini satu perkampungan nomad di luar negara.

Namun, khemah putih bercorak geometri sering dilihat dalam dokumentari National Geography dan biasanya dikaitkan dengan kediaman masyarakat nomad di Mongolia atau pergunungan di Siberia ini sebenarnya di Gopeng, Perak.

Berada dalam dusun perkampungan Melayu, suasana disajikan sungguh mendamaikan apatah lagi kedudukannya tidak sampai 300 meter dari sungai selain dikelilingi pemandangan malar hijau.

Turut terbentang di depan mata keindahan deretan gunung di Banjaran Titiwangsa. Setidak-tidaknya boleh menghilangkan sejenak kekusutan dek kesibukan kehidupan kota.

Tidak keterlaluan, buat anda yang menginginkan kelainan dalam jadual percutian wajarlah berkunjung sendiri ke Gopeng Glamping Park ini.

PILIHAN bermalam dalam khemah.
PILIHAN bermalam dalam khemah.

‘Glamping’ antara trend percutian pilihan dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan pengalaman menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.

Oleh itu, kombinasi idea percutian ‘glamour’ dan ‘camping’ menjadi jalan keluar buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan. Ia boleh dikatakan sebagai aktiviti percutian berkonsepkan ala perkhemahan.

Berbalik kepada pengalaman penulis sendiri berkunjung ke lokasi penginapan ala perkhemahan selesa itu bersama jurugambar yang masing-masing terkesima dengan keunikannya. Nyata suasananya membangkitkan ketenangan!

Langkah kanan sebaik tiba kerana berpeluang menikmati minum petang dengan aneka juadah kuih-muih. Keesokan harinya pula, hidangan kampung seperti ikan keli masak cili padi, gulai lemak ayam antara yang dijamu kepada kami.

TERLETAK dalam dusun.
TERLETAK dalam dusun.

Kebetulan menginap ketika musim buah-buahan dan pokok durian dalam kawasan berkenaan pula sedang berbuah. Jadi kami turut disajikan dengan buah eksotik itu.

Di situ, sesiapa juga pasti tidak terlepas pandang khemah yang dipanggil yut, dilengkapi dengan kemudahan tilam, bantal selain kipas cukup selesa buat pengunjung.

Menurut pengusahanya, Mohd Nor Arif Mohd Azmi, ‘glamping’ menjadi pilihan apabila mendapat saranan dalam kalangan operator aktiviti lasak yang mahukan kelainan dalam pilihan konsep penginapan buat pengunjung.

SUASANA cukup menenangkan.
SUASANA cukup menenangkan.

“Format percutian sedemikian mula popular dan mendapat hati dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.

“Ketika membuat kajian, saya dapati banyak chalet dan inap desa sudah dibuka berbanding ‘glamping,” katanya.

Bagi operator aktiviti rekreasinya Amirul Adha, konsep ‘glamping’ itu berupaya menzahirkan impian pencinta alam semula jadi yang inginkan percutian selesa ala perkhemahan.

“Mereka yang sukakan aktiviti lasak, ini antara pilihan lebih baik. Buat yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luar tentunya berasa lebih santai dan selesa dengan konsep penginapan lengkap berserta sajian makan serta minum,” katanya.

KAFE cukup selesa dan mampu menampung kumpulan besar atau korporat.
KAFE cukup selesa dan mampu menampung kumpulan besar atau korporat.

Sambil menghirup udara segar, menikmati makanan di kafe atau mengayuh basikal secara santai mengelilingi kampung pastinya memahat memori paling indah untuk anda kenangan apatah lagi jika bercuti bersama keluarga.

“Sudah tentu ibu bapa dan anak lebih teruja kerana dapat melupakan seketika kesibukan kota serta dunia gajet.

“Tarikan sekitarnya lebih menggamit rasa dengan sungai yang airnya jernih, meneroka gua dan mendaki bukit di kawasan ini,” katanya.

GLAMPING konsep percutian menjadi pilihan warga tempatan.
GLAMPING konsep percutian menjadi pilihan warga tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 1:11 PM