TONTON jalin kerjasama Dengan Animax + Gem bawa Anime Fest Plus 2024 berlangsung dari 26 hingga 28 April ini.
TONTON jalin kerjasama Dengan Animax + Gem bawa Anime Fest Plus 2024 berlangsung dari 26 hingga 28 April ini.
Ramlah Zainal


BERITA baik buat peminat anime, jangan lepaskan peluang anda!

Tonton sebagai platform penstriman utama mengumumkan kerjasama dengan Animax + GEM untuk menerajui Anime Fest Plus 2024 di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 April ini.

Kerjasama ini menjanjikan pengalaman anime ke tahap lebih tinggi, menawarkan peserta sambutan yang mendebarkan mengenai medium kegemaran mereka.

Anime Fest Plus 2024 anjuran Comic Fiesta yang disertai Tonton dan Animax + GEM menampilkan pelbagai aktiviti untuk peminat anime yang tentunya tidak membosankan seperti sesi tayangan, pengalaman interaktif bersama peminat bagi setiap lapisan umur dan banyak lagi.

Dengan koleksi kandungan hiburan Jepun dan anime yang pelbagai di Tonton dan Animax + GEM , pengunjung dapat menerokai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan mengenai budaya animasi di Jepun.

Sorotan Tonton x Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 antaranya membabitkan acara Cabutan Bertuah Eksklusif apabila pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah eksklusif dan memenangi hadiah menarik, termasuk barangan edisi terhad, memorabilia bertandatangan dari 'cosplayer' dan pengalaman VIP bersama 'cosplayer'.

Acara Where's OO-Kun pula menguji kemahiran pemerhatian anda dalam cabaran Where's OO-Kun, di mana peserta boleh memenangi patung eksklusif OO-kun dengan mencari OO-kun, maskot Animax yang menawan hati di reruai disediakan.

Sesi Beramah Mesra Secara Eksklusif turut diadakan ia membabitkan personaliti anime kegemaran anda dalam sesi eksklusif yang dihoskan oleh Tonton dan Animax.

Temui 'cosplayer' tempatan terkemuka seperti Miisa dan bawa pulang kenangan yang tidak akan dilupakan.

Disamping itu sesi Bergambar Bersama Maskot turut diadakan seperti peluang bergambar dengan OO-Kun, Chu Chu dan maskot anime ikonik yang lain di 'photobooth' yang tersedia.

Nikmati keajaiban Anime Fest Plus 2024 dengan kenangan bergambar yang akan anda hargai.

Sertai Tonton dan Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 untuk anime, 'cosplay' dan persahabatan hujung minggu yang penuh aksi.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari Comic Fiesta dan ikuti Tonton dan Animax di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2024 @ 6:45 AM