SOOYOUNG dan Jung Kyung Ho tidak lagi menyorok percintaan mereka.
SOOYOUNG dan Jung Kyung Ho tidak lagi menyorok percintaan mereka.
Geogie Joseph

Selepas lama bercinta, anggota kumpulan Girls' Generation, Sooyoung dan kekasihnya juga pelakon, Jung Kyung Ho tidak lagi menyorok mengenai aktiviti percintaan mereka.

Terbaharu, mereka kelihatan tampil bersahaja dan menikmati masa terluang melawat sebuah zoo di Sydney, Australia. Namun, kelibat mereka tetap dicam pengunjung lain.

Sekali gus, beberapa foto pasangan itu tular menyebabkan ramai netizen tumpang gembira melihat hubungan mereka. Rata-rata menyifatkan pasangan itu cukup sepadan dan comel bersama.

Apatah lagi, mereka masing-masing dengan penampilan ringkas dan menikmati aktiviti itu seperti orang lain. Ia sekali gus, menyerlahkan lagi personaliti mereka yang merendah diri.

Sebelum ini, pasangan terbabit pernah dilihat bersama ketika melakukan aktiviti beli-belah. Mereka juga dilihat pernah keluar dengan pasangan pelakon, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon.

Peminat sangat teruja melihat hubungan cinta mereka masih tetap kuat sehingga kini. Kemesraan mereka juga membuatkan hati peminat tumpang berbunga-bunga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 6:43 AM