Tiga selebriti popular, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dipilih mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza.
Tiga selebriti popular, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dipilih mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza.
Najiy Jefri


Shah Alam: Tiga selebriti popular, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dipilih mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam ini.

Penampilan ketiga-tiga pengacara itu sekali gus menjawab teka-teki siapakah pengemudi program itu pada musim kali ini. 

Nabil meluahkan rasa syukur apabila dipilih buat  kesekian kalinya dan bergandingan dua pengacara wanita itu.

"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk musim kali ini yang memasuki tahun ke-10 penganjuran," katanya.

Dalam masa sama, Jihan kelihatan sebak atas sambutan diberikan penonton yang kembali menghangatkan program realiti itu selepas berehat kerana melahirkan anak kedua tahun lalu.

Jihan dan Nabil adalah pengacara bagi Gegar Vaganza bermula musim pertama sehingga musim kelapan.

Bagaimanapun, pada musim kesembilan, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina menggantikan Jihan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 9:48 PM