TikTok Awards MY 2023
TikTok Awards MY 2023

Kuala Lumpur: TikTok Awards yang sebelum ini mencipta fenomena di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil bakal diadakan di Malaysia pada Ogos depan buat julung kalinya.

Sekali gus, ia menjadi medan terbaik untuk mengiktiraf pencipta kandungan tanah air.

Pengumuman senarai calon bagi tujuh kategori People's Choice, TikTok Awards MY 2023 bakal disiarkan secara ekslusif menerusi program Melodi di TV3 dan strim di @tiktok_malaysia pada esok bermula jam 12.30 tengah hari.

TikTok Awards MY 2023 juga bakal menampilkan enam pencipta kandungan TikTok popular iaitu Khairul Aming, Gaston Pong, Auntie Purple, Ceddy, Lawyer Gandhi dan Caryn.

Mereka dipilih berdasarkan latar belakang dan profesion yang pelbagai. Mereka bakal berkongsi mengenai perjalanan di TikTok yang turut menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Tujuh kategori People's Choice akan dibuka untuk orang ramai membuat undian menerusi aplikasi TikTok dengan carian kata kunci TikTok Awards bermula antara 15 hingga 26 Ogos.

Kategori itu termasuk Rising Star of The Year; Celebrity Creator of the Year; Popular Creator of The Year; LIVE Creator of The Year; Creator of The Year; Popular Animation Account of The Year dan TikTok Shop Creator of The Year.

TikTok Awards adalah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

Mereka mempamerkan kreativiti dengan penghasilan kandungan yang menyeronokkan seterusnya memberikan impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Awards MY 2023 dan pengumuman calon bagi kategori Judge's Pick boleh ditonton menerusi penstriman secara langsung sidang media acara berkenaan di @tiktok_malaysia pada 15 Ogos depan bermula jam 8 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 12:34 PM