Antara babak dalam filem 35mm.
Antara babak dalam filem 35mm.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: YouTuber yang juga pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli meluahkan rasa syukur apabila kerja keras dia bersama pasukannya termasuk dua bakat, Asif Suhaimi dan Yoe Parey diangkat sekali gus menggondol Anugerah Lawak Viral Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung malam tadi. 

Syahmi berkata, ini adalah rezeki buat mereka walaupun saingan dalam kategori sama adalah dalam kalangan calon-calon hebat. 

"Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami. Kalau dibandingkan dengan calon lain, ramai dalam kalangan mereka sedang hangat diperkatakan. 

"Kami dah lama tak hasilkan video tular seperti sebelum ini memandangkan ada antara kami yang sibuk dengan berniaga dan sebagainya," katanya. 

Ditanya mengenai perancangan terbaharu mereka, Syahmi berkata, mereka sudah merancang untuk kembali aktif menghasilkan drama pendek di YouTube. 

"Sejak beberapa minggu yang lalu, kami sudah ada perancangan untuk kembali aktif hasilkan video-video pendek di YouTube seperti sebelum ini," katanya. 

Sementara itu, Yoe pula bersyukur dengan kemenangan mereka sekaligus kerja keras mereka kini terbayar. 

"Penat, tapi, kami dah buat yang terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 2:26 PM