Dua Lipa dan pasangannya
Dua Lipa dan pasangannya
Agensi

Los Angeles: Penyanyi, Dua Lipa yang hadir ke Festival Filem Cannes membuat kejutan apabila tampil berpegangan tangan bersama pengarah filem, Romain Gavras, 41.

Menurut laporan The Mirror, kehadiran penyanyi berusia 27 tahun ke acara itu untuk menemani Gavras bagi tayangan perdana filem terbaharu arahannya berjudul Omar La Fraise (The King of Algiers).

Dua kelihatan mempamerkan kemesraannya bersama Gavras di hadapan ratusan media tempatan yang turut hadir ke acara itu.

Hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini oleh peminat apabila menghadiri Minggu Fesyen Paris bersama dengan kelihatan cukup mesra sambil berpegangan tangan.

Gavras sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Rita Ora namun berpisah pada Mac 2021.

Manakala, Dua pula dikaitkan dengan Anwar Hadid iaitu adik kepada supermodel Gigi Hadid tetapi hubungan mereka berakhir dengan perpisahan dua tahun lalu.

Penyanyi itu turut dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pengacara dan pelawak Trevor Noah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 5:24 PM