Liyana Jasmay
Liyana Jasmay
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, pengarah dan penerbit, Liyana Jasmay mempersoalkan tindakan segelintir penggiat seni yang mempertikaikan karya berunsur fiksyen.

Liyana berkata, perkara itu sedikit sebanyak membantutkan semangat dan kreativiti penggiat seni dalam menghasilkan sesebuah karya.

"Bagaimana nak buat cerita menarik kalau ada orang dalam industri suka tanya logik ke? Anda matikan minda kreativiti orang yang berseni. Kalau logik, tak perlu buat cerita fiksyen. Anda buat je cerita logik alam dunia sebenar," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Perkongsian Liyana mendapat perhatian pengikut yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2023 @ 2:41 PM