ANGGOTA Malbatt yang memiliki wajah milik Shruib.
ANGGOTA Malbatt yang memiliki wajah milik Shruib.

Kuala Lumpur : "Ya, macam sama, tapi bukan."

Itu tulis pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dalam kapsyen yang dimuat naik bersama gambar lelaki miripnya Instagram, semalam.

Dalam hantaran itu, Shuib meminta bantuan pengikutnya di platform itu untuk membantu mencari lelaki itu yang juga anggota Malaysia Batalion (Malbatt).

"Ada yang kenalkah, abang ini? Tolong 'tag' dia. Teringin nak jumpa," tulisnya.

Dalam gambar itu, tertera wajah seorang lelaki lengkap beruniform yang juga anggota Malbatt dengan wajah saling tak tumpah seperti Shuib.

SHUIB Sepahtu.
SHUIB Sepahtu.

Hantaran itu menuai pelbagai komen mencuit hati daripada rakan-rakan dan pengikutnya.

"Akhirnya, kantoi juga Eib (Shuib). Aku dah kata, jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan, orang dah dapat cam," tulis rakan pelawak, Ajak Shiro.

"Tuan! Awak diam-diam sertai Malbatt ya," komen pelakon, Hairul Azreen.

Sementara itu, seorang pengikut dengan akaun @sbr_orange menjelaskan lelaki terbabit ialah Leftenan Komander Anuar dipercayai anggota kontinjen Malbatt 850-9.

Hantaran itu menerima lebih 100,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 11:45 AM