Yonnyboii dan isteri.
Yonnyboii dan isteri.
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Belum genap setahun berkahwin, penyanyi Yonnyboii, 24, dan isterinya Nik Nazira Narriman atau Nazira, 23, sedia bergelar ibu bapa pada usia muda.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, mereka tidak pernah merancang dalam soal menimang cahaya mata sejak berkahwin.

"Bagi saya, kami berserah kerana perihal itu kita tak boleh sedia pun. Tak tahu macam mana nak mula, nak tangani, tapi kalau boleh saya memang nak adalah satu (anak).

"Kami tak merancang pun, kami 'buat' saja, asal jadi," kata penyanyi lagu Sakit itu.

Yonnyboii mengakui dia dan isteri masih lagi dalam fasa bulan madu serta sentiasa bersama ke mana-mana buat masa sekarang kerana enggan timbul rasa rindu.

Bahkan, menurutnya Nazira juga tidak kisah menolak tawaran lakonan semata-mata tidak mahu berjauhan dengan dirinya.

"Isteri saya selalu ikut teman di mana saya bekerja. Kalau dia ada kerja, saya yang akan pergi teman dia. Perkahwinan kami baharu menghampiri setahun dan saya tak sanggup untuk rindu dia lagi.

"Saya kalau dia jauh, saya tak senang hati. Ke mana saja pergi bersama supaya saya tak payah nak rasa tak senang hati kalau apa-apa terjadi.

"Tempoh hari, isteri ada dapat tiga tawaran lakonan tapi dia tolak. Tapi dia tak kisah sebab ketika itu dia pentingkan saya dulu," katanya.

Yonnyboii dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu. Pernikahan mereka dipercepatkan atas permintaan keluarga kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 3:08 PM