Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi dangdut, Mas Idayu, 50, kini sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, jam 10.40 pagi ini.

Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur. 

Majlis akad nikah itu disaksikan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Mesnun @ Masnun Hassan. 

Perjalanan Mas ke pelamin diiringi oleh sahabat yang juga penerbit TV3, Nurul Huda Khalid dan pengantin perempuan kelihatan menitiskan air mata ketika lafaz akad berlangsung. 

Pihak pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan. 

Pembawa dulang hantaran pengantin perempuan diketuai oleh anak perempuan Mas, Nur Dayini Asyiqah. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 11:26 AM
MAS Idayu telah selamat diijabkabul dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa di Quill City Mall. FOTO Aziah Azmee
MAS Idayu telah selamat diijabkabul dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa di Quill City Mall. FOTO Aziah Azmee