Ed Sheeran dan Cherry Seaborn. FOTO Agensi
Ed Sheeran dan Cherry Seaborn. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Penyanyi dan menulis lirik, Ed Sheeran mengumumkan dia dan isteri Cherry Seaborn dikurniakan anak kedua dalam keluarganya.

Ed Sheeran atau Edward Christopher Sheeran, 31, berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Penyanyi Shape Of You itu meluahkan perasaan terharu dan gembira dengan kehadiran anggota keluarga baru mereka itu.

Menerusi intri di media sosial itu Ed Sheeran menyatakan "Kami ingin memberitahu kepada semua yang kami telah dikurniakan seorang lagi bayi perempuan yang cantik. Kami berdua sangat menyayanginya," katanya.

Dalam hantaran yang sama dia memuat naik sepasang sarung kaki bayi berwarna putih.

Pasangan itu sebelum ini memiliki anak perempuan bernama Lyra Antarctica Saeborn Sheeran yang lahir pada Ogos 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2022 @ 1:42 PM