Tangan Sheeran berbalut selepas terbabit dalam kemalangan basikal. FOTO AGENSI/DAILY MAIL/Instagram
Tangan Sheeran berbalut selepas terbabit dalam kemalangan basikal. FOTO AGENSI/DAILY MAIL/Instagram
Daily Mail

ED Sheeran mengesahkan tidak akan menjayakan persembahan dalam masa terdekat kerana cedera pergelangan tangan dan siku kiri akibat terbabit kemalangan basikal.

Penyanyi berusia 26 tahun itu mengumumkan konsert ditunda dalam Instagram selepas basikal ditunggang dilanggar kereta di London dua hari sebelum memulakan konsert jelajahnya ke beberapa negara Asia.

Dia berkongsi imej dengan meminta pembantu menulis mesej memberitahu konsertnya dirancang di Taipei, Osaka, Seoul, Tokyo dan Hong Kong, semua ditunda.

Ed menulis: “Lawatan ke doktor mengesahkan kecederaan pada pergelangan tangan dan siku kiri. Saya tidak mampu mengadakan konsert live dalam masa terdekat.”

Dia dijadualkan menjayakan 15 konsert jelajah Asia bermula di Tokyo, Manila dan Singapura yang sepatutnya bermula sekarang sehingga 23 November.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2017 @ 4:13 PM