Haafiz ceria bersama Hamdee
Haafiz ceria bersama Hamdee
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun berkongsi berita gembira apabila anak jagaan bernama Hamdee Hafiz yang diasuh sejak dua tahun lalu akhirnya secara rasmi menjadi anak angkatnya.

Hafiz berkata, dia juga bersyukur apabila urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, selepas lebih dua tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini (semalam) rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di JPN pun dipermudahkan. Syukur.

"Terima kasih kepada semua yang terus mendoakan Hamdee. Semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti," katanya.

Berita gembira itu dikongsikan Hafiz di akaun Instagram miliknya sehingga menerima pelbagai maklum balas positif daripada pengikut serta rakan selebriti.

Kebanyakannya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelantun lagu Kasih Padamu itu menjadi bapa yang baik serta penyayang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 8:00 AM