REBECCA dan keluarganya.
REBECCA dan keluarganya.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita duka apabila suami dan enam anaknya disahkan positif Covid-19.

Turut positif virus itu ialah tiga pembantu rumahnya.

Rebecca dalam satu hantaran di Instagram memaklumkan, suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13; Nor Anggun Raverra, 9; Nor Aliff Al Raffael, 5; Nor Ahmet Al Reaggan, 2; dan Nor Aurora Riana, 2; serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.

"Saya sangat sedih sekarang ini dan terlalu berduka cita," katanya.

Bagaimanapun Rebecca bersyukur apabila dia dan dua lagi anaknya Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.

Rebecca turut memaklumkan tukang kebun serta tiga lagi pembantu rumahnya juga negatif wabak berkenaan.

"Tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang agak serius berbanding yang lain. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam tempoh tujuh hari ini. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian saringan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 6:32 PM