EJEN Ali: Emergency adalah aplikasi game mudah alih bercorak aksi dan ‘puzzle’ dalam bentuk isometrik.
EJEN Ali: Emergency adalah aplikasi game mudah alih bercorak aksi dan ‘puzzle’ dalam bentuk isometrik.
Najiy Jefri


"BERTINDAK Segera!" Itu kata semangat yang sering dilaungkan Ejen Ali ketika menjalani misi baharu.

Dalam situasi pandemik Covid-19 yang tidak mengenal usia, laungan ini menjadi ikutan dalam kalangan kanak-kanak dalam menjalani kehidupan norma baharu.

Justeru, Ejen Ali ingin mengambil peluang untuk melengkapi ejen cilik dengan produk istimewa yang sudah menjadi resam situasi norma baharu seperti pelitup muka, sabun mandian dan cecair pembasmi kuman.

Bagi Ejen Ali, sesiapa saja boleh menjadi wira dan tiada yang terkecuali. Dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu yang memasuki tahun kedua ini, pelbagai usaha dilakukan Ejen Ali untuk memastikan ejen cilik tidak berasa resah dan tertekan di rumah.

Menitipkan pesanan ejen cilik, Ejen Ali berharap setiap ejen cilik kekal fokus dalam pembelajaran dalam talian, berada di rumah supaya kekal selamat dan jika berasa kesunyian kerana tidak dapat bertemu rakan-rakan seperti biasa, boleh bertemu di atas talian dan sama-sama mencuba misi permainan mudah alih khas iaitu Ejen Ali: Agents Arena, Ejen Ali: Emergency dan Ejen Ali: MATA Training Academy yang tersedia untuk muat turun di Google Play and Apple App Store.

Selain itu, ejen cilik juga boleh terus kekal di rumah dan bermain permainan papan Ejen Ali Misi Boot Camp dan permainan kad Ejen Ali Misi Alliance bersama keluarga tersayang.

Sepanjang lima tahun perjalanannya, Ejen Ali sudah bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mydin, PediaSure, Mamee Monster Biskidz dan AirAsia.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dan kebersihan dalam kalangan penonton cilik, Ejen Ali kini menjalinkan kerjasama dengan pengeluar produk kebersihan diri berjenama Dr. Mama, Carrie BacBuster and Durio untuk menyediakan rangkaian produk yang bersesuaian dengan kanak-kanak ketika pandemik Covid-19.

Pada Disember tahun lalu, Ejen Ali bersama Dr Mama mengeluarkan pelitup muka tiga lapisan fabrik antimikroba yang sedia dalam empat rekaan menarik yang diinspirasikan dari animasi pendek Ejen Ali berjudul Misi: Juang yang boleh didapati di YouTube.

Rangkaian pelitup muka dari Dr Mama ini tersedia dalam saiz kanak-kanak dan dewasa, termasuk edisi khas yang sesuai dipakai wanita berhijab, boleh didapati secara atas talian menerusi http://ejenaligears.avana.asia/.

Ejen Ali dengan kerjasama Carrie BacBuster juga melancarkan pembungkusan baharu untuk sabun mandian yang dilengkapkan bersama cecair pembasmi kuman.

Produk sebegini pastinya membuatkan ejen cilik lebih seronok dalam menjaga kebersihan diri, apatah lagi dengan nama bauan wangi seperti Smashing Strawberry dan Blasting Blueberry.

Produk penjagaan peribadi ini boleh didapati di kedai utama sekeliling anda.

Sementara itu, kepada mereka yang lebih gemar mengenakan pelitup muka jenis pakai buang, Durio akan melancarkan pelitup muka empat lapisan dalam dua rekaan menarik yang menampilkan logo dan gambar watak Ejen Ali.

Produk baharu ini dijangka mendapat sambutan hangat ramai kerana rekaannya yang menarik apabila dilancarkan pada Ogos depan.

Produk menarik yang ditawarkan ini pastinya membuatkan ibu bapa lebih senang mendidik anak-anak mereka mengamalkan kebersihan kendiri, menggunakan pelitup muka dengan cara yang betul dan kekal selamat dari Covid-19.

Atas permintaan ramai juga, siri animasi Ejen Ali (musim 1) turut ditayangkan kembali pada setiap Sabtu, jam 11 pagi di TV3.

Semua episod Ejen Ali ini juga boleh didapati secara Video-on-Demand (VOD) menerusi pelantar penstriman video Disney+ Hotstar serta saluran YouTube rasmi Ejen Ali, www.youtube.com/ejenali.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 6:44 AM