TAYLOR Swift
TAYLOR Swift
Agensi

Los Angeles: Penyanyi popular Taylor Swift akan membintangi filem terbaru arahan David O Russell bersama barisan bintang seperti Christian Bale, Margot Robbie, John David Washington, Rami Malek dan Zoe Saldana.

Filem yang masih dirahsiakan plot dan judulnya itu turut menampilkan Robert De Niro, Mike Myers, Timothy Olyphant, Michael Shannon, Chris Rock, Anya Taylor-Joy, Andrea Riseborough, Matthias Schoenaerts dan Alessandro Nivola.

Bagaimanapun, wakil Swift dan syarikat produksi New Regency enggan memberikan sebarang komen berkenaan perkara ini.

Difahamkan, proses produksi dikatakan sudah selesai dan kini dalam proses penentuan jadual tayangan. Penggambaran dilakukan Januari lalu di Los Angeles bersama Rami Malek, Zoe Saldana, De Niro, Chris Rock dan ramai lagi.

Russell bertindak sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit bersama Matthew Budman, Arnon Milchan serta Anthony Katagas.

Filem ini akan menjadi karya terbaru Russell selepas menghasilkan Joy yang dibintangi Jennifer Lawrence pada 2015.

Terdahulu, dia juga dikenali menerusi filem-filem pencalonan Oscars seperti American Hustle dan Silver Linings Playbook.

Tahun lalu, Swift pernah berlakon filem Miss Americana dan Folklore: The Long Pond Studio Sessions. Filem-filem lain lakonannya ialah Valentine's Day (2010), The Lorax (2012), The Giver (2014) dan Cats (2019).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 12:16 PM