NIA Ramadani kelihatan bingung apabila nama makanan itu disebut tempe.
NIA Ramadani kelihatan bingung apabila nama makanan itu disebut tempe.
Agensi

Jakarta: Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani kembali menjadi perhatian warganet apabila mengakui tidak kenal makanan tradisi Indonesia, iaitu tempe.

Sebelum ini, pelakon siri popular, Bawang Putih Bawang Merah itu mengatakan tidak tahu mengupas buah salak.

Tindakan isteri kepada Ardi Bakrie itu tular menerusi rakaman video dimuat naik yang memaparkan Nia membeli makanan ringan di pinggir jalan. 

Dia menunjuk ke arah makanan yang menarik perhatiannya. Makanan yang ditunjuk Nia itu adalah tempe goreng. 

Secara spontan penjual makanan itu bertanya berapa jumlah tempe yang ingin dibeli. 

Nia bagaimanapun tidak menjawab soalan tetapi kelihatan bingung apabila nama makanan itu disebut tempe. 

Ketika kejadian, beberapa orang yang turut berada di situ turut termasuk seorang rakannya berasa hairan dengan reaksi Nia.

Rakan Nia turut bertanya adakah dia tidak mengetahui tempe.

Petikan video ini turut dimuat nak di satu akaun gosip Instagram Tante Rempong dan menerima pelbagai komen warganet.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 12:15 PM