Nichkhun & Chansung 2PM akan melakukan penampilan istimewa.
Nichkhun & Chansung 2PM akan melakukan penampilan istimewa.
Agensi

Seoul: Selain plot yang semakin menarik, kemunculan beberapa artis popular sebagai cameo dalam drama bersiri Korea Selatan, Vincenzo amat dinantikan peminat.

Drama lakonan Song Joong Ki, Jeon Yoe Been, Ok Taec Yeon, Kim Yeo Jin dan Kwak Dong Yeon itu ditayangkan di saluran tvN dan Netflix sejak 20 Februari lalu.

Pada episod awal, ia menampilkan pelakon Jin Sung Kyu dan Lee Hee Joon sebagai cameo bagi membantu Joong Ki yang melakonkan watak Vincenzo Cassano.

Selain itu, kemunculan pelakon Kim Sung Cheol juga berjaya menimbulkan keterujaan penonton. Terbaru, pihak produksi mengesahkan dua nama terkenal iaitu penyanyi dan pelakon Thai-Amerika popular, Nichkhun dan anggota kumpulan 2PM, Chansung akan bergabung dengan Taec Yeon untuk tampil secara istimewa bagi menyokong rakan kumpulannya.

"Nichkhun dan Chansung akan tampil di Vincenzo. Saksikan tayangan drama ini untuk mengetahui peranan yang dibawakan mereka," kata jurucakap tvN.

Difahamkan kedua-duanya sudah menyelesaikan penggambaran. Bagaimanapun belum ada kepastian mereka akan muncul pada episod berapa.

Dalam drama ini, Joong Ki melakonkan watak Vincenzo, pengacara berasal dari Itali merangkap penasihat mafiaberdarah Korea.

Vincenzo diambil sebagai anak angkat dan dibawa ke Itali sejak kecil.

Namun, berlaku konflik membuatkan dia memilih meninggalkan negara terbabit dan kembali ke Korea Selatan.

Tanpa disangka di negara asalnya dia perlu berurusan dengan golongan penjahat.

Bersama Hong Cha Young yang dilakonkan oleh Jeon Yeo Bin, mereka bekerjasama untuk menjatuhkan penjahat.

Vincenzo ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad di tvN selain boleh disaksikan di Netflix.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mac 2021 @ 12:36 PM