GAMBAR Zarina bersama Eilyas ketika mengumumkan pernikahan mereka dulu.
GAMBAR Zarina bersama Eilyas ketika mengumumkan pernikahan mereka dulu.
Wartawan Harian Metro


Kuala Lumpur: Pelakon sensasi Zarina Anjoulie, 34, mengakui sudah rujuk semula dengan bekas suami, Eilyas Azhar.

Zarina, menerusi hantaran di Instagram meminta agar wanita-wanita berhenti menghantar mesej kepada suaminya.

"Wahai perempuan-perempuan yang dok DM Yas aku rasa sekarang korang (kamu) dah boleh la stop DM laki (suami) aku ye..tak marah pesan je...aku dan Yas dah rujuk. Ok bye...

"FM jangan kau sedih lak aku dah rujuk semula," katanya.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan perkara itu sudah dipadamkan oleh Zarina selepas beberapa minit dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Story pula Zarina turut memuat naik video memaparkan Yas sedang bersamanya membantu menghantar kereta di sebuah bengkel.

Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia dan Eilyas yang dikahwini pada 17 Julai tahun lalu sudah bercerai.

Urusan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 10 Februari lalu berjalan lancar.

Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 10:07 PM