DEN WAHAB
DEN WAHAB
Ridzuan Abdul Rahman


PELAKON dan usahawan Den Wahab memberikan kata–kata semangat buat penyanyi Rahmad Mega untuk bangkit semula mencari kejayaan selepas terpaksa menutup operasi perniagaan 'food court' atau medan selera The Stage by Rahmad Mega yang diusahakan sejak lebih setahun lalu.

Ia berikutan bekas penyanyi kumpulan Mega itu terpaksa menanggung kerugian besar apabila medan selera itu tidak dapat beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Rahmad juga terpaksa membayar penuh sewa tapak yang dianggarkan berjumlah RM15,000 sebulan termasuk bil elektrik dan air. 

"Jangan mudah putus asa serta mudah mengalah dalam soal menguruskan perniagaan. Bukan sahaja Rahmad tapi buat semua rakan artis yang terbabit dalam perniagaan, anggaplah ini satu cabaran. 

"Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ada sebabnya Allah tak mengizinkan buat masa sekarang dan pada masa akan datang lebih berjaya. Seperkara lagi, jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa dan itu satu cabaran untuk kita berjaya," katanya kepada Harian Metro.

Den atau nama sebenarnya Zaharuddin Abdul Wahab pernah mengendalikan medan selera Celebrity Corner ketika zaman kemelesetan ekonomi negara sekitar 1998 dengan memberikan peluang untuk artis berniaga. 

Walaupun Celebrity Corner mendapat sambutan baik daripada masyarakat, dia akur terpaksa menutup operasi perniagaannya selepas itu.

Konsep pembukaan Celebrity Corner pada era itu agak berbeza dengan sekarang kerana ketika itu keadaan ekonomi negara tidak berapa bagus. Hanya Malaysia dan beberapa negara lain mengalami kemelesetan ekonomi dan bukannya seluruh dunia.

"Itulah alasan diwujudkan Celebrity Corner untuk beri peluang rakan artis yang tiada tawaran berlakon dan menyanyi berniaga. Berlainan dengan keadaan sekarang di mana ekonomi seluruh dunia merudum. 

"Jadi, bukan sahaja golongan artis bahkan semua golongan kini terjejas. Apa-apa perniagaan pun baik yang kecil atau besar semuanya terjejas akibat Covid-19," katanya.

Den berkata, bukan Rahmad sahaja, bahkan perniagaan pakaian yang diuruskannya juga mengalami kemerosotan ketara.

"Pelbagai pihak baik golongan artis atau sesiapa yang terbabit dalam industri seni serta peniaga semuanya turut terjejas akibat Covid-19.

"Apa boleh buat. Cuma kita perlu bangkit cuba menjalankan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 10:28 AM