ADAM dan Sweet Qismina masih mengenali hati budi dengan lebih mendalam.
ADAM dan Sweet Qismina masih mengenali hati budi dengan lebih mendalam.
Najiy Jefri


PELAKON Adam Lee mengakui dia kini bercinta dengan pelakon Sweet Qismina selepas menjalani penggambaran drama bersiri, Adam Chempaka yang kini ditayangkan di TV3. Adam ketika ditemui berkata, dia dan Sweet masih mengenali hati budi dengan lebih mendalam dan menerima andai pelakon itu adalah jodoh terbaik buatnya.

“Kami mula berkenalan sekitar Oktober tahun lalu. Kami tak sangka hubungan yang mulanya sekadar kawan menjadi lebih serius. Alhamdulillah saya selesa dengannya dan kami saling mengenali dengan lebih rapat.

GANDINGAN bersama drama Adam Chempaka.
GANDINGAN bersama drama Adam Chempaka.

"Insya-Allah jika sudah tertulis dia jodoh saya satu hari nanti, saya menerima ketentuan ini," katanya.

Menurut Adam, dia tertarik untuk berkawan rapat dengan Sweet kerana keperibadiannya yang baik serta seorang wanita yang bijak.

"Sepanjang berlakon dengan mana-mana pelakon wanita, saya tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan mana-mana pelakon gandingan saya, sebaliknya saya lebih fokus dengan karakter yang dibawakan.

"Namun entah kenapa, saya rasa begitu istimewa ketika bersama Sweet. Doakan yang baik-baik. Bagi saya, dia seorang yang baik hati dan bijak. Doakan hubungan yang baru berputik ini berkekalan dan dipermudahkan urusan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 6:02 PM