ZEE AVI (kanan) bersama penyanyi Indonesia Afgan.  FOTO Zee Avi.
ZEE AVI (kanan) bersama penyanyi Indonesia Afgan. FOTO Zee Avi.
ZEE AVI. FOTO Zee Avi.
ZEE AVI. FOTO Zee Avi.
Georgie Joseph


PENYANYI dan penulis lagu Zee Avi menerima anugerah Artis Muda Antarabangsa pada acara Top Asia Corporate Ball di Jakarta, Indonesia, Jumaat lalu.

Zee, 32 mengakui sangat terharu dengan pengiktirafan itu yang bertujuan memberi penghargaan kepada kerja-kerasnya selama ini.

“Ini adalah sebuah penghormatan untuk menerima anugerah yang mengiktiraf kerja keras dan pencapaian.

“Tetapi ia tidak mungkin dilakukan tanpa kerjasama pasukan saya yang paling banyak membantu perjalanan karier saya sepanjang masa,” katanya.

Acara berkenaan dianjurkan Top 10 of Indonesia bersama Top 10 of Asia Initiative dan dihadiri ketua-ketua pegawai eksekutif, pemilik perniagaan personaliti serta selebriti dari seluruh Indonesia dan Asia.

Penyanyi lagu Arena Cahaya itu juga sempat berkongsi nasihatnya untuk berjaya kepada bakat-bakat muda di sana.

“Sentiasa berinspirasi, teruskan berkreatif, menulis lagu sendiri dan bersedia untuk memainkan lebih daripada satu peranan.

“Ramai yang berfikir bahawa berada di industri hiburan ini hanyalah mengenai kemasyhuran. Namun, pada hakikatnya ia menuntut kerja yang keras,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 November 2018 @ 11:51 AM