WANI. FOTO arkib NSTP
WANI. FOTO arkib NSTP
Norhayati Nordin


Tatkala kebanyakanpenyanyi remaja popular dengan single solo, Wani Music, pula lebih dikenali menerusi lagu duet.

Pernah dua kali duet bersama pelakon dan penyanyi, Juzzthin, gadis berhijab ini menjadi perhatian pendengar dengan single Lepaskan dan Alhamdulillah.

Kini, Wani atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat, 21, tampil berduet dengan Waris menerusi single Pendusta Cinta yang ‘catchy’ melodinya dan mesra radio.

Akan muncul dengan album mini memuatkan lima lagu tidak lama lagi, Wani juga merakamkan dua lagu solo.

“Sebelum single Pendusta Cinta, saya pernah hasilkan dua lagu solo iaitu Aku Selalu Setia dan Kembalilah dalam genre muzik berbeza.

“Single Aku Selalu Setia menjurus muzik era 1990-an yang mendayu dan meruntun jiwa manakala Kembalilah lebih berupakan lagu nasyid.

Namun, impak dua lagu ini dalam kalangan pendengar agak sederhana.

“Rasanya belum ada rezeki untuk saya dikenali dengan lagu solo. Buat masa ini penerimaan peminat lebih kepada lagu duet,” katanya.

Begitupun, Wani tidak pernah berasa kecewa kerana sudah mencuba. Bagi Wani, sama ada lagu itu diterima pendengar atau sebaliknya, ia hak masingmasing.

“Syukur, saya sudah mencuba dan dua single solo itu melengkapi penghasilan album mini saya.

“Saya pun tak sangka sudah merakam lima lagu. Kini, saya berdebar-debar menunggu kemunculan album mini pertama,” katanya.

Mengulas mengenai dirinya yang ‘bersih’ kontroversi, anak jati Batu Pahat, Johor ini berkata, dia kini giat mengumpul wang.

Justeru itu, dia belum terfikir untu k bercinta kerana mahu merealisasikan misinya itu untuk membolehkannya melancong ke serata dunia.

“Saya bercita-cita tinggi, mahu melancong dahulu jika sudah cukup duit. Maka, kenalah fokus menyanyi dan berniaga.

“Di Batu Pahat saya dan keluarga mengusahakan kedai makan. Jika ada undangan menyanyi di ibu kota, saya akan berulangalik,” katanya.

Sejak muncul dengan single Pendusta Cinta, rezekinya semakin murah malah tidak putus-putus menerima undangan nyanyian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 8:47 PM