(Dari kiri), David Arumugam, Bunkface dan Azlan hangatkan konsert Karnival Gegaria Putrajaya. FOTO fail HM Digital
(Dari kiri), David Arumugam, Bunkface dan Azlan hangatkan konsert Karnival Gegaria Putrajaya. FOTO fail HM Digital
Michelle Gun


KONSERT Karnival Gegaria berlangsung di tapak letak kereta Istana Kehakiman, Putrajaya, malam ini bakal menampilkan enam penyanyi hebat.

Persembahan bermula jam 9 malam itu akan dimeriahkan persembahan Azlan Typewriter, Bumiputera Rockers (BPR), Datuk David Arumugam, Bunkface, Projector Band dan Akim & The Majistret.

Acara selama tiga hari anjuran Media Prima Berhad itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia diraikan, hari ini.

Selain konsert, acara dimeriahkan kehadiran selebriti terkenal Elfira Loy, Sangeeta Krishnasamy, Ujang, Pa’din Musa dan Noh Salleh memberi perkongsian di gerai #KitaPunya Lifestyle.

Esok pula, selebriti hadir di gerai itu adalah Hanif Shawn, Kugiran Masdo, Mat Dan, Rhys William dan Cassidy Anderson.

Pengunjung boleh mengunjungi gerai utama lain iaitu #KitaPunya Throwback Tunnel, #KitaPunya Esports dan #KitaPunya Chillex.

Persembahan malam esok pula iaitu konsert #KitaPunya Concert bakal membariskan artis terkenal seperti Faizal Tahir, Wany Hasrita, Stacy, Kugiran Masdo, Misha Omar dan Bunkface.

Maklumat lanjut Karnival Gegaria boleh mengunjungi laman Facebook (FB) dan Instagram, GoGegaria.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 6:01 PM