MILA Jirin
MILA Jirin
Cik Pang

Hangat betul kisah nasib peniaga restoran tomyam yang menggunakan khidmat tukang masak asing.

Ditambah lagi, apabila penyanyi dan ahli perniagaan Mila Jirin bersuara hingga sanggup bersemuka dan nak buat dialog dengan menteri.

Cik Pang yang mengikuti kisah ini serba sedikit pun sebenarnya risau dan bimbang juga dibuatnya. Satu isu besarlah katakan.

Namun begitu, melihat semangat kental Mila yang tekad berjuang untuk perniagaannya sangat Cik Pang kagum.

Tak sangka pula dia yang bertubuh kecil molek berani orangnya dan lantang bersuara.

Semangat Mila sangat tinggi dalam mempertahankan perniagaan yang dibina untuk masa depan keluarga.

Cik Pang doakan apa sahaja usaha dan tindakan cuba dibuat oleh Mila akan dipermudahkan Ilahi.

Sebagai penggemar tomyam, Cik Pang tak nafikan memang tomyam dimasak tukang masing asing terutama dari Thailand enak rasanya.

Cuma, untuk air tangan masakan anak tempatan Cik Pang pun tertanya-tanya, ramaikah yang berminat untuk menjadi tukang masak.

Melihat perkembangan bidang kulinari di negara ini, boleh Cik Pang katakan ramai juga anak muda yang tunjuk minat bekerja di dapur.

Bagaimanapun, yang menentukan sama ada minat itu benar-benar ada ialah alam pekerjayaan. Mampukah anak tempatan ini mengharungi pelbagai dugaan kerja di dapur.

Ini kerana, Cik Pang ada dengar ramai merungut gaji tidak setimpal dan masa kerja pula panjang sehingga mereka angkat kaki. Betul ke?

Justeru, Cik Pang harap pihak kementerian dapat mengkaji semula cadangan ini sebelum melaksanakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 6:56 AM