Umie Aida ucap terima kasih kepada semua. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Umie Aida ucap terima kasih kepada semua. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Amirul Haswendy Ashari


SELEPAS empat hari ditayangkan di pawagam, filem kontroversi Dukun terbitan Astro Shaw mencatat kutipan sebanyak RM6.2 juta.

Jumlah diumumkan Datin Seri Umie Aida, memegang watak utama sebagai Diana Dahlan dalam filem itu menerusi laman Twitternya, hari ini.

“€œAlhamdulillah, kutipan tayangan filem Dukun telah mencapai RM6.2 juta. Terima kasih Malaysia. Sokongan anda semua sangat-sangat membantu industri perfileman negara,”€ tulis Umie.

Dukun yang terperap selama 12 tahun sebelum ditayangkan kepada peminat mencipta fenomena tersendiri di media sosial apabila menjadikan klip seram wanita berkebaya merah sebagai salah satu cara mempromosi filem.

Selain Umie, filem tulisan Huzir Sulaiman dan arahan pengarah Dain Said yang pernah menghasilkan Bunohan ini turut dibarisi pelakon hebat lain antaranya Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Adlin Aman Ramli, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Avaa Vanja dan Jason Chong.

Filem Dukun mencatat kutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan pada 5 April lalu.

Malah, ia turut tersenarai dalam di kedudukan nombor satu Carta Top 10 di pawagam seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 6:02 PM