HM Digital

Ramai sedia maklum BIGBANG akan berehat lama berikutan empat ang­gotanya menyertai kem tentera.

Bagi menghilangkan keresahan peminat setia mereka, BIGBANG hadiahkan sebuah lagu berjudul Flower Road.

Lagu itu adalah karya terakhir mereka buat peminat dan sebagai penghormatan kepada anggota kem militari.

Seungri dijadualkan menyertai anggota lain sama ada pada tahun ini atau tahun depan. Bermakna, mereka tidak akan berada dalam indusri hiburan selama dua tahun.

Apa yang pasti lagu itu sangat istimewa buat BIGBANG dan peminat mereka. Ia dihasilkan sewaktu masing-masing memikirkan apa yang akan berlaku sepanjang dua tahun menjalani latihan ketenteraan.

“Lagu itu dicipta sewaktu album terakhir mereka MADE dihasilkan. Ia dilancarkan sebaik Taeyang dan Daesung memulakan perkhidmatan mereka baru-baru ini,” kata wakil agensi YG Entertainment.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 9:29 AM