HANNAH dan Syafiq
HANNAH dan Syafiq
Cik Pang

Sepanjang tahun lalu, apa yang Cik Pang perasan peminat sangat merestui hubungan percintaan membabitkan dua pasangan selebriti popular tanah air iaitu Ayda Jebat dan Redza Rosli serta Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Hubungan rapat dua pasangan selebriti itu mula jadi perhatian peminat sejak mereka berlakon bersama-sama dalam drama dibintangi.

Bagi Ayda dan Redza, hubungan rapat mereka mula direstui peminat selepas berlakon dalam drama Ku Kirim Cinta siaran TV3.

Syafiq dan Hannah pula menarik perhatian peminat apabila berganding sama dalam drama Mencintaimu Mr Photographer.

AYDA dan Redza
AYDA dan Redza

Walaupun mereka kurang berkongsi cerita peribadi, peminat lebih selesa mendoakan yang baik-baik. Rata-rata peminat masing-masing mengharapkan hubungan baik dua pasangan selebriti itu membawa ke jenjang pelamin.

Bagi Cik Pang, soal jodoh hanya ketentuan Allah SWT. Apapun, komen peminat itu adalah doa.

Pun begitu, apa yang Cik Pang harapkan, semoga kedatangan 2018 meninggalkan banyak kenangan manis dalam industri hiburan tanah air.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 6:12 AM